Peta menunjukkan projek-projek perpaipan dan penggalian minyak dan gas asli di Iran
Thursday, 21 June 2012
Petroleum di Iran
Minyak mentah pertama kalinya dijumpai di Iran. Sejak detik itu, perdagangan minyak menjadi tulang belakang ekonomi Iran. Pada tahun 70an, Iran merupakan pengeluar petroleum ke-empat terbesar dunia. Selepas Revolusi Iran pada tahun 1979, kerajaan Iran melancarkan projek pemeliharaan minyak dengan mengurangkan pengeluarannya. Perang Iran-Iraq yang tercetus pada tahun berikutnya memusnahkan banyak infrastruktur penggalian dan penapisannya menyebabkan pengeluaran minyak menurun. Namun begitu, pada lewat 1980an, pengeluaran minyak Iran meningkat semula berikutan pembaik pulih infrastruktur minyaknya dan juga penemuan telaga minyak baru di Teluk Parsi. Pada tahun 2004, perangkaan pengeluaran minyak Iran setahun ialah 1.4 bilion tong minyak yang membawa keuntungan bersih berjumlah AS$ 50 bilion. Iran juga turut mempunyai simpanan gas asli kedua terbesar di dunia (15 % daripada simpanan gas asli dunia) dan kebanyakannya digunakan untuk tujuan domestik.
Subscribe to:
Posts (Atom)