Thursday, 3 May 2012

Perlombongan Bijih Timah di Sungai Lembing, Pahang


Sungai Lembing terletak berhampiran dengan Kuantan di negeri Pahang Darul Makmur. Jaraknya dari Kuantan kira-kira 60 km. Sungai ini merupakan cawangan kepada  Sungai Pahang yang lebar itu. Kampung yang popular di sini ialah Kampung Kenau ditepi  Sungai Kenau. Kawasan ini dikelilingi kawasan berbukit-bukit dengan  Gunung Tapis  (1512 m) di Utara dan Gunung Serudom (1055 m) di Selatannya. Kehijauan hutan amat terasa di sini.

  • 2001 mula dibuka kepada pengunjung. Luas kawasan muzium ini 2.235 hektar.
  • 1906-1986 Perlombongan bijih timah Sungai Lembing dijalankan oleh Pahang Consolidated Company Limited (PCCL).
  • 1911 Bangunan ini asalnya sebuah banglo pengurus Eropah yang duduk di sini. Muzium ini menghadap Sungai Kenau. Senibinanya bercirikan Senibina Kolonial. Asalnya hanya beratapkan daun nipah dan menggunakan kulit-kulit kayu.
  • 1941-1945 pernah digunakan sebagai markas tentera Jepun .
  • Lebih 100 peralatan berkaitan perlombongan bijih timah dipamerkan dan pasti mengimbau kembali nostalgia kegemilangan bijih Timah di Malaysia dan Pahang khususnya .
  • Antara yang menarik ialah diorama dalam Lombong Bawah Tanah dengan cahaya suram, suasana jijik dan kotor serta rel dan gerabak keretapi yang digunakan dalam lohong bawah tanah.
  • Pelombong ketika itu terpaksa menggunakan topi keselamatan, Lampu Kabaid dan lampu berkuasa bateri sahaja. Keberanian bekerja dalam terowong amat penting. Keselamatan menjadi perkara kedua.








No comments:

Post a Comment