Peta menunjukkan projek-projek perpaipan dan penggalian minyak dan gas asli di Iran
PANITIA GEOGRAFI SMKS3
Thursday, 21 June 2012
Petroleum di Iran
Minyak mentah pertama kalinya dijumpai di Iran. Sejak detik itu, perdagangan minyak menjadi tulang belakang ekonomi Iran. Pada tahun 70an, Iran merupakan pengeluar petroleum ke-empat terbesar dunia. Selepas Revolusi Iran pada tahun 1979, kerajaan Iran melancarkan projek pemeliharaan minyak dengan mengurangkan pengeluarannya. Perang Iran-Iraq yang tercetus pada tahun berikutnya memusnahkan banyak infrastruktur penggalian dan penapisannya menyebabkan pengeluaran minyak menurun. Namun begitu, pada lewat 1980an, pengeluaran minyak Iran meningkat semula berikutan pembaik pulih infrastruktur minyaknya dan juga penemuan telaga minyak baru di Teluk Parsi. Pada tahun 2004, perangkaan pengeluaran minyak Iran setahun ialah 1.4 bilion tong minyak yang membawa keuntungan bersih berjumlah AS$ 50 bilion. Iran juga turut mempunyai simpanan gas asli kedua terbesar di dunia (15 % daripada simpanan gas asli dunia) dan kebanyakannya digunakan untuk tujuan domestik.
Thursday, 31 May 2012
Kawasan Mediterranian , Turkey
Kawasan mediterranean Turki merupakan kawasan yang terletak bertentangan dengan laut mediterranean. Kawasan ini mengalami musim panas dengan suhunya antara 21 celcius - 24 celcius.Pada musim panas,angin kering dan berdebu bertiup dari gurun sahara. Musim sejuknya sederhana dan lembap dengan suhu 10 celcius - 14 celcius. Hujan maksimum turun dalam musim sejuk dan jumlah hujan tahunan lebih kurang 800mm. Hutan mediterranean jenis malar hijau,iaitu menghijau sepanjang tahun. Hutan mediterranean kurang padat dan pokok tumbuh sederhana tinggi kerana iklimnya yang dan kering. Pokok -pokok mempunyai batang beser,berebonggol, daun berlilin dan berbulu untuk mengurangkan kehilangan air pada musim panas yang kering. Pokoknya berakar panjang bagi mencari sumbar air jauh ke dalam tanah.
- Turki, sebuah negara di pantai Laut Mediterranean yang mengalami iklim jenis Meditteranean
- Musim panasnya panas, kering dan singkatdengan suhu di antara 21 hingga 24.
- Musim sejuknya sederhana sejuk, lembap dan panjang dengan suhu di antara 10 hingga 14.
- Jumlah hujan tahunan adalah sederhana, iaitu di antara 400 mm hingga 800 mm.
- Hujan maksimum turun pada musim sejuk yang dibawa oleh Angin Baratan.
- Angin Baratan adalah angin lembap dan bertiup dari laut ke darat.
- Salji turun dalam musim sejuk.
*pokok rosemary*
*pokok lavender*
*pokok pain*
*pokok fir*
Thursday, 3 May 2012
Perlombongan Bijih Timah di Sungai Lembing, Pahang
Sungai Lembing terletak berhampiran dengan Kuantan di negeri Pahang Darul Makmur. Jaraknya dari Kuantan kira-kira 60 km. Sungai ini merupakan cawangan kepada Sungai Pahang yang lebar itu. Kampung yang popular di sini ialah Kampung Kenau ditepi Sungai Kenau. Kawasan ini dikelilingi kawasan berbukit-bukit dengan Gunung Tapis (1512 m) di Utara dan Gunung Serudom (1055 m) di Selatannya. Kehijauan hutan amat terasa di sini.
- 2001 mula dibuka kepada pengunjung. Luas kawasan muzium ini 2.235 hektar.
- 1906-1986 Perlombongan bijih timah Sungai Lembing dijalankan oleh Pahang Consolidated Company Limited (PCCL).
- 1911 Bangunan ini asalnya sebuah banglo pengurus Eropah yang duduk di sini. Muzium ini menghadap Sungai Kenau. Senibinanya bercirikan Senibina Kolonial. Asalnya hanya beratapkan daun nipah dan menggunakan kulit-kulit kayu.
- 1941-1945 pernah digunakan sebagai markas tentera Jepun .
- Lebih 100 peralatan berkaitan perlombongan bijih timah dipamerkan dan pasti mengimbau kembali nostalgia kegemilangan bijih Timah di Malaysia dan Pahang khususnya .
- Antara yang menarik ialah diorama dalam Lombong Bawah Tanah dengan cahaya suram, suasana jijik dan kotor serta rel dan gerabak keretapi yang digunakan dalam lohong bawah tanah.
- Pelombong ketika itu terpaksa menggunakan topi keselamatan, Lampu Kabaid dan lampu berkuasa bateri sahaja. Keberanian bekerja dalam terowong amat penting. Keselamatan menjadi perkara kedua.
Thursday, 12 April 2012
Mount Kinabalu, Malaysia..
Mt Kinabalu (4095m) is one of the tallest mountains in South-East Asia and is situated in the Kinabalu National Park in the province of Sabah in Malaysian Borneo. Thousands of tourists visit Kinabalu National Park each year and most come with the intention of climbing Mt Kinabalu.
Fortunately, Mt Kinabalu is one of the easiest peaks in the world to conquer. It takes just two days and climbers don't need any previous experience at mountain climbing. At sunrise, the views from the Mt Kinabalu's summit at Low's Peak are spectacular, making all the effort worthwhile.
Most climbers take two days to ascend and descend Mt Kinabalu. The eight-kilometre climb generally starts from the the Timpohon Gate near park headquarters (1800m), with an overnight stay at one of the guest houses at Laban Rata (3273m), before pushing on to the summit early next morning. Mt Kinabalu's summit is usually reached in time to view the sunrise, before returning to Laban Rata for breakfast. Climbers then descend the mountain, generally reaching the park headquarters by mid-afternoon.
Anyone with a reasonable level of fitness and the willpower to push through fatigue and discomfort can climb to the summit of Mt Kinabalu. It is achievable and incredibly rewarding.
Climbers must be accompanied by accredited guides at all times due to national park regulations. There are two main starting points for the climb : the Timpohon Gate (located 5.5km from Kinabalu Park Headquarters, at an altitude of 1,866 meters (6,122 ft)), and the Mesilau Nature Resort. The latter starting point is slightly higher in elevation, but crosses a ridge, adding about two kilometers to theascent and making the total elevation gain slightly higher. The two trails meet about two kilometers before Laban Rata.
Climbers must be accompanied by accredited guides at all times due to national park regulations. There are two main starting points for the climb : the Timpohon Gate (located 5.5km from Kinabalu Park Headquarters, at an altitude of 1,866 meters (6,122 ft)), and the Mesilau Nature Resort. The latter starting point is slightly higher in elevation, but crosses a ridge, adding about two kilometers to theascent and making the total elevation gain slightly higher. The two trails meet about two kilometers before Laban Rata.
Monday, 26 March 2012
MENGAPA BELAJAR GEOGRAFI??
Geografi di dalam bahasa mudahnya ialah pengetahuan tentang alam.Sejak sekian lamanya disiplin geografi mewarnai atau merentasi disiplin ilmu yang lain.Untuk pengetahuan pembaca sekelian geografi bukan sekadar ilmu yang dipelajari di sekolah menengah seperti bentuk muka bumi sahaja tetapi geografi sebenarnya merupakan ilmu tentang alam yang sangat luas serta bermanfaat untuk manusia memahami bahawa bumi ini merupakan anugerah dari Allah yang paling bernilai dan perlu diuruskan dengan sempurna.Geografi melalui perubahan zaman dari pelbagai fahaman geografi yang dicipta oleh ahli geografi dari barat.Tidak ketinggalan juga ahli geografi Islam yang sebenarnya turut menyumbang kepada perkembangan ilmu geografi seperti Ibnu Batutta yang merupakan seorang pengembara yang terkenal yang mencatatkan pelbagai peristiwa dan bentuk muka bumi sepanjang pemgembaraannya.
Kini pada asasnya geografi terbahagi 2 iaitu geografi fizikal dan juga geografi kemanusiaan.Cakupan disiplinnya sangat meluas meliputi kebanyakn aspek kehidupan manusia.Sejak di bangku sekolah lagi para pelajar sudah diterapkan tentang pelbagai aspek kehidupan dan pengetahuan asas tentang negaranya.Pelajar bukan hanya mempelajari peta tetapi juga meliputi iklim,bentuk muka bumi,dan flora dan pengangkutan perhubungan,aktiviti ekonomi serta pengetahuan tentang flora dan fauna.Cumanya yang menjadi rungutan anak-anak ini ialah kaedah pembelajaran subjek geografi itu sendiri,dan timbulnya persepsi bahawa geografi merupakan subjek yang sukar untuk dikuasai kerana terlalu luas sukatannya.Betulkah begitu? Bagi guru geografi sendiri perkara itu sebenarnya ada benar dan tidaknya.Benar bagi pelajar yang gagal menguasai konsep asas kemahiran geografi serta mungkin kaedah pembelajaran yang membosankan. Di dalam tidak jawapannya jika subjek geografi dipersembahkan kepada pelajar di dalam keadaan yang menarik seperti penggunaan ICT dan bahan multi media yang lain.Pada pendapat Hijau Lestari sendiri,geografi semakin menjadi subjek yang membosankan bila segalanya berorientasikan exam.Belajar geografi untuk lulus sahaja…lepas itu tinggallah segalanya.Pendekatan ini perlu diubah,geografi mesti diangkat menjadi subjek teras.Satu subjek yang sangat penting,bukan mengenepikan subjek lain tetapi pemahaman yang jelas tentang peranan kita sebagi khalifah di muka bumi ini mampu mengurangkan pelbagai fenomena alam yang sedang memusnahkan bumi sedikit-demi sedikit!
Lihat sahaja fenomena pulau haba Bandar,pemanasan global,pemanasan mikro,kemarau,banjir,pencemaran udara,air dan bunyi,penipisan lapisan ozon dan pelbagai gejala lain yang mengancam kehidupan manusia.Dengan ilmu geografi yang mendalam bersepadu bersama akhlak yang terpuji kegiatan yang merosakan alam sekitar ini dapat dikurangkan.Mungkin ada beranggapan bahawa Hijau Lestari menulis sekadar dari sudut pandangan mudah seolah-olah hanya geografi sahaja yang mampu menyelamatkan bumi….bukan begitu maksudnya,maksudnya ilmu geografi sebagai pencetus kesedaran yang tinggi dikalangan para pelajar untuk mewarisi dunia untuk genarasi yang akan datang.Geografi bukan sahaja perlu diiktiraf sebagai disiplin ilmu yang tinggi sebaliknya perlu diterapkan kepada keseluruhan masyarakat.Ingat kah kita pada Kempen Kitar semula? Berapa ramai yang sudah menjayakannya? Berapa ramai pula diantara kita yang prihatin dengan warna tong sampah yang disediakan? Di laporkan bahawa hanya 20% sahaja rakyat Malaysia yang prihatin dengan kempen kitar semula.
Konsep adil dan amanah penting di sini.Bumi bertuah ini akan diwariskan kepada generasi akan datang .Generasi akan datang pastinya mewarisi bumi ini,bukan sekadar mewarisi secara fizikalnya tetapi juga secara akhlak serta minda dan jiwa yang sepatutnya terpimpin kepada Iman dan takwa kapada Allah.Ilmu yang kita warisi terutamanya ilmu geografi adalah manifestasi kebesaran dan keagungan Allah.Kesepaduan serta kesempurnaan perjalanan segala kehidupan di bumi membolehkan manusia dan makhluk lain hidup dengan keadaan yang sepatutnya.Apabila keadaan tidak lagi stabil maka manusia perlu kembali semula kepada perturan yang diciptakan Allah.Allah SWT berfirman yang bermaksud:
Telah kelihatan kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan buruk yang mereka telah lakukan supaya mereka kembali insaf. (al-Rum: 41)
Perjalanan dan aturan sistem bumi sebagai contohnya sangat teratur dan sempurna.Cahaya matahari yang mengandungi ultra unggu(UV) yang berbahaya itu,di tapis dengan sempurna oleh lapisan ozon,sehingga peratus UV yang sampai ke bumi sesuai untuk proses fotosentesis.Proses fotosentesis yang berlaku sangat penting kerana ianya merupakan rantaian makanan yang paling asas. Sikap serta kerakusan manusia yang mengubahnya.Lapisan ozon yang semakin menipis menyebabkan manusia terdedah kepada bahaya UV seperti kanser dan kemusnahan tumbuhan itu sendiri.Itu baru sedikit dari contoh,membuktikan ilmu geografi sangat penting diterapkan di dalam kehidupan manusia.
Percayalah dengan sikap tamak serta keangkuhan manusia akan memusnah diri mereka sendiri.Di negara kita sendiri runtuhnya tanah di Bukit Antarabangsa merupakan antara bukti yang jelas apabila manusia cuba mengubah atau juga menyesuaikan diri dengan bentuk muka melalui pembinaan seperti jalan raya serta rumah.Sayangnya pembinaan itu sendiri tidak merujuk kepada hakikat bahawa pemahaman yang jelas dengan peringatan ayat dari Allah di atas.Keuntungan menjadi keutamaan sehingga mengabaikan faktor lain.Semoga peristiwa ini menjadi pengajaran kepada kita semua.Percaya atau tidak anak-anak kecil kita sejak awal usianya seperti 5 ke atas apabila melukis,lukisan serangga,haiwan,pokok menjadi pilihan mereka .Minda mereka sudah terisi dengan pengetahuan asas tentang alam.Menjadi tugas kita untuk menerapkan kepada mereka bahawa alam ini perlu dipelihara dengan baik.Tunjukkan contoh yang baik kepada mereka,cebisan sampah ,jika tiada tong sampah yang berhampiran sepatutnya di simpan sementara sehingga tong sampah dijumpai.Susah ke?,jika susah anda sudah gagal sebenarnya.
Sumber : Love Hijau
Tuesday, 20 March 2012
FRIM - Forest Research Institute Malaysia
FRIM promotes sustainable management and optimal use of forest resources by generating knowledge and technology through research, development and application. FRIM’s wide-ranging expertise, award-winning research and international collaborations have earned the institute a name for itself in tropical forestry.
ETHNO-BOTANIC GARDEN
Tongkat Ali and Kacip Fatimah’s are two of the popular medicinal plants that can be found here. The garden displays botanical resources traditionally used by local communities.
KEPONG BOTANICAL GARDENS
The Kepong Botanical Gardens is developed to be the center for living plant collections mainly for Malaysian plants. This garden will create research opportunities in botany, horticulture, landscape and other related fields. Plants from the wild will be systematically collected and planted in the garden for display and as a center for ex-situ conservation. Horticulture and landscaping education, research and development will be another strong feature of the garden.
ARBORETA
An arboretum is a collection of living trees. The purpose of such collection can vary from that of scientific study or the conservation of genetic resources, to the less serious purpose of exhibiting plants as in a botanical garden. FRIM has six different arboreta; the Dipterocarp Arboretum, the Non-dipterocarp arboretum, the Coniferatum, the Fruit Tree Arboretum, the Monocot Arboretum, and the Bambusetum which were established in 1939, 1929, 1949, 1979, 1981, and 1994 respectively.
CANOPY WALKAWAY
150m long, the canopy walkway was constructed in 1992 for scientific studies of above ground flora and fauna. It was built 30m above ground level.
The canopy walkway is opened to the public from 9.30 am to 2.30 pm last registration is at 1.30 pm. It is closed on Mondays and Fridays. Advance booking should be made at FRIM One Stop Centre.
Operating hours are subject to weather conditions (The canopy walkway will be closed when it rains and re-opened within 2 hours after it has subsided and the weather is clear.
Bentuk Muka Bumi Malaysia
Bentuk muka bumi Negara kita terdiri daripada tanah tinggi, tanah pamah, saliran, pinggir laut dan pulau.
Tanah tinggi
Tanah tinggi terdiri daripada banjaran, gunung, dataran dan bukit. Antara gunung yang terdapat di tanah tinggi ialah gunung Kinabalu. Stesen hidroelektrik dibina di kawasan tanah tinggi yang ada sumber air
Tanah pamah
Kawasan tanah pamah merupakan kawasan tanah rendah yang beralun. Di tanah pamah biasanya terdapat sungai, tasik atau paya. Kawasan tanah pamah sesuai untuk tanaman padi, kelapa sawit, getah, nanas dan tebu. Contohnya padi banyak di tanam di Dataran Kedah-Perlis.
Saliran
Sungai mengalir dari kawasan tanah tinggi ke kawasan tanah rendah dan terus ke laut. Ianya merupakan sumber pengairan dan perikanan. Petani dapat menanam padiapabila mendapat bekalan air yang diempang dari sungai. Contohnya, sungai Muda di Kedah diempang untuk mengairi kawasan tanaman padi di Dataran Kedah-Perlis.
Pinggir laut
Kawasan pinggir laut Negara kita terdiri daripada pantai, teluk, tanjung dan pulau . Keistimewaan pinggir laut ialah menjadi kawasan perlancongan, kawasan pelabuhan dan kawasan perikanan.
Subscribe to:
Posts (Atom)